Ketika berada di dalam rumah sendiri pun kita belum tentu selamat. Sebab apa? Sebab wujudnya manusia pervert seperti lelaki warga asing ini yang ditahan polis kerana mengintai dari luar kediaman.
Tular rakaman jiran mangsa yang menunjukkan lelaki yang merupakan pelajar warga Palestin itu sedang mengintai rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville, Cyberjaya.
Menurut jiran yang merakam perbuatan lelaki tersebut, ini bukanlah kali pertama dia berbuat begitu kerana sebelum ini mangsa hanya ternampak tangan dan telefon bimbit.
jiran tu saya. saya saksi. mmg Allah nak tunjuk. sebelum ni pernah jadi juga and pernah viral cuma mangsa sebelum ni taktahu siapa sbb nampak tangan and handphone je dan dia lari. teruk juga mutiara ville ni. dulu warga asing juga m@asturbate depan MV. hati hati ya korang. https://t.co/bskxE7JSbE pic.twitter.com/RlKr9nFurZ
— intan (@INadhrah) January 25, 2023
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa membuat laporan polis selepas mendapat maklumat daripada jirannya.
Kata mangsa, selepas memeriksa bahagian balkoni belakang dia mendapati seluar panjang warna kelabu milik rakan serumahnya sudah tiada.
Lelaki tersebut telah membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai dan mengambil seluar milik rakan serumah wanita itu.”
Polis berjaya menahan suspek jam 4 petang Selasa lalu di kondominium tersebut serta turut merampas telefon bimbit, baju, seluar dan selipar yang digunakan namun seluar milik rakan serumah pengadu belum ditemukan.
Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.