(Video) Lelaki Sengaja Lap Air Liur Pada Butang Lif Untuk Sebarkan Wabak Coronavirus Pada Orang Lain

Trending

(Video) Lelaki Sengaja Lap Air Liur Pada Butang Lif Untuk Sebarkan Wabak Coronavirus Pada Orang Lain

Dalam keadaan seluruh dunia tengah berusaha memerangi wabak coronavirus dari Wuhan ini, satu rakaman yang dipercayai berlaku di China menimbulkan kemarahan ramai. Seorang lelaki yang bersama tiga lagi individu telah sengaja batuk pada tisu dan lap tisu itu pada butang di sebuah lif untuk menyebarkan jangkitan.

Rakaman CCTV di dalam lif itu menunjukkan aksi tidak bertanggungjawab lelaki tersebut yang sengaja ingin menyebarkan virus itu kepada orang lain di wilayah Guangxi. Di dalam video itu, beberapa individu lain yang berada di dalam lif cuba menghentikan perbuatannya itu tetapi gagal.

Advertisement

Lelaki tersebut mengambil beberapa helai tisu yang disediakan di dalam lif, kemudian batuk pada tisu itu dan lap pada butang lif. Rakaman yang kini tular di China itu berada dalam siasatan pihak polis dan mereka kini sedang mencari empat individu itu untuk tindakan lanjut.

Aksi lelaki itu pastinya telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat di sana kerana penularan virus yang pantas boleh berlaku sekiranya ramai individu tidak bertanggungjawab seperti ini. Sebelum ini juga, ada beberapa individu di China yang tidak memberi kerjasama untuk dikuarantinkan selepas disahkan mendapat jangkitan wabak itu.

Isu wabak Wuhan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan dijadikan bahan jenaka. Selain di China, seorang lelaki dari Toronto viral selepas membuat ‘prank’ kononnya dia dijangkiti wabak itu ketika di dalam sebuah penerbangan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Pesawat Terpaksa Mendarat Secara Kecemasan Selepas Instafemes Buat ‘Prank’ Kononnya Dijangkiti Coronavirus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...