Tular rakaman di media sosial yang dirakamkan oleh orang awam di dalam tren LRT memaparkan seorang lelaki dalam keadaan ketakutan masuk ke dalam salah satu gerabak dan meminta pertolongan orang awam.
Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan dalam keadaan menggigil mendakwa dia diekori oleh seseorang yang mempunyai niat untuk membunuhnya.
Dari pagi mereka ikut saya kak. Abang saya ambil insurans, nak bunuh saya. Abang saya nak bunuh saya, mereka ikut saya.
Tambah lelaki tersebut dia sudah pun membuat laporan polis dan turut memohon bantuan agar individu yang merakamnya itu untuk tularkan video berkenaan.
Viralkan. Tolong selamatkan saya. Abang saya nak bunuh saya, mereka hantarkan orang. Tolong bantu, tiada orang nak bantu saya. (Tolong) masukkan dalam TikTok, Facebook.
Rakaman itu turut memaparkan penumpang lain yang memerhatikan lelaki berkenaan yang sedang memegang beberapa helaian kertas.
Video tersebut turut meraih perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang telah berkongsi rakaman berkenaan di laman Instagram dan turut tag akaun rasmi PDRM.
Siapa siapa kenal mangsa dan tau ape kes atau perlu bantuan kami… let us know.
View this post on Instagram
Rata-rata pengguna media sosial yang menonton rakaman itu mendoakan keselamatan lelaki berkenaan dan berharap dia mendapat perlindungan.