(Video) Lelaki Mengamuk Di Kedai Makan, Tumbuk Dan Baling Kerusi Pada Pelanggan

Trending

(Video) Lelaki Mengamuk Di Kedai Makan, Tumbuk Dan Baling Kerusi Pada Pelanggan

Apa perasaan anda kalau ditampar secara tiba-tiba oleh orang tak dikenali? Mesti anda juga akan berasa marah dan mengamuk dengan tindakan itu kan? Baru-baru ini, tular satu video tentang seorang lelaki yang mengamuk di kedai makan.

Di dalam video yang dikongsikan di Twitter itu, lelaki berbaju hitam itu bertindak menampar seorang lagi lelaki sedikit berusia dan kemudian mengakibatkan pergaduhan antara mereka. Walaupun tak dapat dipastikan apakah puncanya, tetapi tindakan lelaki berbaju hitam itu sangat biadap dan tidak patut.

Advertisement

Lelaki berbaju hitam itu kemudiannya bertindak membaling kerusi-kerusi yang ada pada lelaki itu. Video ini juga mengundang kemarahan orang ramai yang berasakan tindakannya itu sangat keterlaluan.

Kejadian ini dipercayai berlaku di salah sebuah restoran mamak di Rawang, Selangor berdasarkan perkongsian netizen. Netizen juga tidak dapat menahan rasa marah mereka melihat pergaduhan yang berlaku di restoran mamak ini.

Netizen turut berkongsi maklumat tentang lelaki berbaju hitam itu yang dikatakan seorang yang tidak waras. Berdasarkan kelakuannya itu, tidak mustahil dia adalah seorang pesakit mental seperti yang didakwa oleh netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...