(VIDEO) Lelaki Kudung Sebelah Kaki Gigih Bekerja Jadi Penghantar Makanan, Bikin Ramai Netizen Sebak

Kehidupan

(VIDEO) Lelaki Kudung Sebelah Kaki Gigih Bekerja Jadi Penghantar Makanan, Bikin Ramai Netizen Sebak

Kadang kala kita merenung dan bermuhasabah tentang kehidupan atau rezeki melalui persekitaran seperti melihat kepayahan orang lain.

Tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan kudung sebelah kaki dan bertongkat gigih mencari rezeki.

Advertisement

Menerusi rakaman tersebut, lelaki yang dilihat menggunakan tongkat itu dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan berdasarkan uniform yang dipakainya.

Abang, saya doakan abang dimurahkan rezeki.

@ombaklindu Abg panda Saya doa kan abg sehat selalu di murah kan rezeki 🤲🏻🤲🏻 sebelum abg ni lalu aku betul2 tgh down😔 abg buat kan sy rasa bangkit semula dr down😭 #Fyp yg mana sehat tak bekerja tu tgk betapa kuat nya abg ni #foodpanda #runner #belajarbersyukur ♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Video itu telah meruntun hati orang ramai yang berasa sebak melihat kegigihan lelaki berkenaan mencari rezeki meskipun dalam keadaannya yang sebegitu.

Rata-ratanya berkata individu seperti penghantar makanan itu layak diberikan bantuan dan lebih rajin daripada sestengah lelaki yang sihat walafiat.

Dalam pada itu, netizen turut refleksi diri dan berkata kejadian sebegitu boleh mengingatkan kita untuk lebih bersyukur dengan rezeki dan nikmat dikurniakanNya.

Ramai turut mendoakan agar urusan lelaki itu dipermudah dan berharap agar suatu hari nanti ada insan baik mendermakannya kaki palsu.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Betullah orang kata, kalau kita rasa kita susah, ada lagi orang yang lagi susah. Jadi, kena bersyukur selalu.

asnaf complain bantuan maiwp, pampers
1 week ago

"Tak Nak Tape, Nak Jenis Pants" - Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan MAIWP Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...