(Video) Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Uniform Tentera Untuk Lepas Sekatan Jalan Raya Masa PKP

Trending

(Video) Lelaki Kantoi Menyamar Pakai Uniform Tentera Untuk Lepas Sekatan Jalan Raya Masa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga penghujung April ini menyebabkan ramai dalam keadaan tidak tenang selepas tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah masing-masing. Buat masa ini, rakyat Malaysia sedang melalui fasa ketiga PKP yang dijangka tamat pada 28 April ini.

Bagi melepaskan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan semasa PKP ini, seorang lelaki dikatakan telah menyamar sebagai seorang anggota tentera. Dia ditahan pihak berkuasa selepas mendapati lelaki yang berpakaian seperti anggota tentera itu cuba melepasi sekatan jalan raya di Cheras semalam.

Advertisement

Gagal menunjukkan MyTentera

Lelaki tersebut mengatakan dia adalah anggota Pasukan 74 Bn KPD namun menimbulkan keraguan pihak berkuasa apabila dia gagal menunjukkan sebarang bukti kukuh. Dia juga tidak dapat memberikan pengenalan MyTentera apabila diminta oleh pihak berkuasa.

Namun, video rakaman yang tular dikongsikan di media sosial ini menjadi bualan netizen apabila suspek dilihat sangat tenang walaupun sudah ditahan. Sehinggakan dia masih lagi mampu menghisap rokok di hadapan pihak berkuasa ketika disoal. Ada juga yang meragui identiti sebenar lelaki tersebut.

Ada juga netizen yang menganggap lelaki tersebut sememangnya anggota tentera yang sebenar walaupun gagal menunjukkan sebarang bukit. Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan identiti sebenar lelaki yang ditahan oleh pihak berkuasa ini. Tetapi sekiranya betul dia bukanlah anggota tentera, kes ini sama seperti kejadian ‘Tuan Ramdan’ sebelum ini yang menyamar sebagai anggota polis.

Artikel berkaitan: Abang Kandung Kepada ‘Tuan Ramdan’ Bongkar Kisah Sedih Di Sebalik kehidupan Sedih Adiknya Itu 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...