Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga penghujung April ini menyebabkan ramai dalam keadaan tidak tenang selepas tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah masing-masing. Buat masa ini, rakyat Malaysia sedang melalui fasa ketiga PKP yang dijangka tamat pada 28 April ini.
Bagi melepaskan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan semasa PKP ini, seorang lelaki dikatakan telah menyamar sebagai seorang anggota tentera. Dia ditahan pihak berkuasa selepas mendapati lelaki yang berpakaian seperti anggota tentera itu cuba melepasi sekatan jalan raya di Cheras semalam.
Gagal menunjukkan MyTentera
Seorang lelaki berpakaian half loreng ditahan semalam di satu roadblock PKP dekat Cheras. Beliau mengaku dari Pasukan 74 Bn KPD, tetapi gagal menunjukkan MyTentera. Siasatan awal memdapati suspek menyamar sebagai anggota tentera untuk ingkar PKP. pic.twitter.com/MLGB4encUT
— MyWatch (@My_CrimeWatch) April 22, 2020
Lelaki tersebut mengatakan dia adalah anggota Pasukan 74 Bn KPD namun menimbulkan keraguan pihak berkuasa apabila dia gagal menunjukkan sebarang bukti kukuh. Dia juga tidak dapat memberikan pengenalan MyTentera apabila diminta oleh pihak berkuasa.
Namun, video rakaman yang tular dikongsikan di media sosial ini menjadi bualan netizen apabila suspek dilihat sangat tenang walaupun sudah ditahan. Sehinggakan dia masih lagi mampu menghisap rokok di hadapan pihak berkuasa ketika disoal. Ada juga yang meragui identiti sebenar lelaki tersebut.
Aku tengok gaya macam betoi dia askar tengok gaya ler
— BANGMANSHAH (@luqmanshah56) April 22, 2020
Confident..tenang ja dia sikit xda rasa gementar..mungkin dia berpegang pada takutlah kepada Allah bukan pada manusia.
— Azimah Aisha (@Aishaazimah1) April 22, 2020
Mcam betoi ja.siap ada berus gigi bagai.baru balik dri kem ni.haha.cuma takda bukti tak upaya la.
— fitriasrie (@fi3asrie) April 22, 2020
Ada juga netizen yang menganggap lelaki tersebut sememangnya anggota tentera yang sebenar walaupun gagal menunjukkan sebarang bukit. Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan identiti sebenar lelaki yang ditahan oleh pihak berkuasa ini. Tetapi sekiranya betul dia bukanlah anggota tentera, kes ini sama seperti kejadian ‘Tuan Ramdan’ sebelum ini yang menyamar sebagai anggota polis.
Artikel berkaitan: Abang Kandung Kepada ‘Tuan Ramdan’ Bongkar Kisah Sedih Di Sebalik kehidupan Sedih Adiknya Itu