Video Lelaki Ini Mendedahkan Bagaimana Suasana Kerja Sebenar Yang Kejam Di Amazon

Trending

Video Lelaki Ini Mendedahkan Bagaimana Suasana Kerja Sebenar Yang Kejam Di Amazon

Pada mulanya bermula sebagai sebuah kedai buku dalam talian sahaja, kini Amazon adalah salah satu daripada hub peruncit dalam talian terbesar di dunia.

Advertisement

Ia menawarkan kepada pelanggan segala-galanya dari teknologi ke makanan dan kini mempunyai produk sendiri iaitu The Amazon Kindle.

Tapi siapa sangka di sebalik kemegahan syarikat ini, suasana bekerjanya sangat mengejutkan sesiapa sahaja yang berada di luar sana. Perlu menahan kencing dan berak untuk ke tandas, sasaran jualan yang sangat tinggi serta tidur di kaki sendiri.

Demi untuk membongkar ‘suasana kejam’  ini, seorang wartawan Alan Selby menyamar sebagai pekerja di sebuah gudang Tilbury di Essex yang kerap mendapat panggilan ambulans dan di mana pekerja menghadapi karung jika mereka gagal untuk membungkus sekurang-kurangnya dua item seminit.

Ikuti pendedahan beliau..

Secara bersendirian di dalam kandang logam yang terkunci, saya berada kira-kira 10 kaki dari tempat  rakan sekerja terdekat saya.

Datang sebuah robot di sebalik bayang-bayang gelap yang menolak rak yang tinggi kepada saya.

Saya hanya mempunyai sembilan saat untuk memproses item yang akan dihantar untuk pembungkusan.Saya perlu menyiapkan dan membungkus  300 item sejam tanpa henti.

Inilah situasi sebenar di bahagian pembungkusan item di Amazon.

Di mana setiap sudut mempunyai kamera litar tertutup yang memerhati setiap gerak geri pekerja di sini. Malah terdapat satu skrin di hadapan setiap pekerja yang sentiasa menunjukkan bilangan item yang perlu dibungkus setiap satu jam.

Pekerja di sini perlu membungkus satu item setiap 30 saat.

Malah di sinilah juga loji pembungkusan item terbesar di Eropah yang menyasarkan pembungkusan 1.2 juta item setahun yang perlu dihantar. Amazon merupakan peruncit utama di UK, yang telah menghasilkan  £7.3billion pada tahun lepas sahaja.

Wartawan Alan worked bekerja selama 5 minggu di gudang terbaru Amazon di Tilbury, Essex

Seorang pekerja tertidur di stesen bekerja beliau.

Ambulan sering bertandang ke gudang ini dek kerana ramai pekerja di sini sering pengsan kerana keletihan

Saya menghabiskan masa kira-kira 5 minggu bekerja di gudang terbaru Amazon ini dengan diselitkan sebuah kamera kecil pada lengan saya yang telah saya beli dari portal Amazon sendiri.

Di sini saya seringkali melihat pekerja tetidur di kaki mereka akibat keletihan kerana bekerja 55 jam seminggu tanpa henti.

Di sebalik iklan kemeriahan yang sering di paparkan oleh Amazon di kaca televisyen, ada suara-suara yang meluahkan ketidak puasan hati.

Kira-kira 24,000 tenaga kerja di Amazon mengeluh apabila dibayar upah yang sangat rendah untuk setiap item yang perlu dibungkus.

Waktu bekerja terakhir saya adalah pada jumaat yang lalu ketika “Black Friday” sale sedang berlangsung yang telah menyumbangkan jutaan ringgit kepada syarikat tersebut dalam masa hanya satu malam.

Di Itali dan Jerman para pekerja  telah mula mogok, disebabkan bayaran rendah dan miskin.

Manakala para pekerja di gudang-gudang UK hanya tidur di khemah-khemah dan di bawah jambatan hanya untuk masuk bekerja tepat pada masanya.

Seorang pekerja tidur sambil berdiri akibat keletihan bekerja

malah mereka juga tidak dibenarkan duduk walapun keadaan tidak sibuk

Masa rehat dan ke tandas ditetapkan,perlu mencapai sasaran yang ditetapkan serta suasana kerja yang sangat meletihkan adalan antara aduan yang sering diterima dari pekerja disini.

Malah mereka dibayar gaji yang rendah dari keperluan hidup.

Ketika para pengamal perubatan juga telah memberi amaran bahawa para pekerja di sini juga berisiko untuk mendapat penyakit mental dan fizikal.

Amazon kononya berjanji akan melakukan pembaharuan pada budaya kerja yang teruk itu tetapi janji tinggal janji. Malah papan kenyataan atau kotak aduan dan cadangan juga telah dibuang.

Banyak sangat aduan mengenai tandas yang kotor dan masa rehat terlalu singkat.

Sehinggakan ada seorang pekerja mengeluh kenapa mereka tidak dibenarkan duduk ketika waktu lengan. Mereka adalah manusia, bukam hamba mahupun haiwan.

Pekerja tidak dibenarkan duduk dalam waktu 10 jam bekerja mereka

Seorang pekerja pernah memberitahu saya. “Saya sangkakan disini semuanya canggih dan dikuasai oleh mesin dan robot yang hebat.Tetapi saya silap dan situasi ini benar-benar membuka mata saya”.

Pengalaman saya selama 5 minggu di sini sangat bermakna dan pelbagai kisah yang saya dengar dari pekerja-pekerja di sini.

Waktu bekerja saya bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pada jam 6 petang.

Ketika berada di gudang ini dengan hanya bertemankan sinaran lampu kalimantang kami langsung tidak menyedari bila waktu siang dan malam bagi kami.

Malah terdapat beberapa jam yang ada di sini telah ditutup dengan plaster bagi mengelakkan pekerja di sini merasa stress dek kerana asyik melihat baki jam bekerja yang tinggal sebelum mereka dapat pulang ke rumah.

Tapi skrin di hadapan mereka masih lagi bekerja untuk mengingatkan mereka bilangan item yang perku dibungkus setiap sejam.

Waktu rehat yang singkat yang diberikan oleh penyelia cukup sekadar untuk merehatkan kaki kami yang berdiri sepanjang hari. Malah untuk ke tandas dan makan kami terpaksa berkejaran dan kalau sempat, itu sudah dikira bersyukur.

Pengasas Amazon,Jeff Bezos

Beban kerja di sini sangat teruk.

Malah saya mempunyai tracker kecergasan yang memberitahu saya telah berjalan sekurang-kurangnya 10 batu sehari dan badan saya sangat letih.

Malah ada rakan sekerja yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana pengsan di tempat kerja. Tidak kurang juga ada yang terpaksa bercuti 2 hari kerana kecederaan pada tisu lutut akibat berdiri terlalu lama.

Berbekalkan kamera spy saya, saya cuba rakamkan segala aduan dari rakan sekerja sebagai laporan untuk saya dedahkan pada dunia di luar sana.

Amazon sering menguar-uarkan :

“Amazon menyediakan tempat kerja yang selamat dan positif dengan gaji dan faedah yang kompetitif dari hari ke hari. Kami berbangga mencipta ribuan peluang pekerjaan tetap di gudang sekitar UK  dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Kami menawarkan pekerjaan yang hebat dan persekitaran positif dengan peluang kenaikan pangkat. Seperti kebanyakan syarikat lain, kami mengharapkan tahap prestasi tertentu.”

Dari Sudut Pandang Saya – Alan Selby

Biarpun biasa melakukan larian marathon,tetapi apabila bekerja di Amazon,ianya jauh lebih meletihkan dari larian marathon.

Amazon menjalankan operasi pekerjaan yang ketat, seperti yang anda harapkan dari sebuah syarikat yang diasaskan oleh orang terkaya di dunia.

Gudang Tilbury adalah sebuah tempat operasi yang bebas dari masalah undang-undang kesihatan dan keselamatan dan tempat kerja.Tetapi tidak bermakna ia baik untuk anda.

Secara fizikalnya setelah 5 minggu di sana, saya tidak mengalah atau berputus asa,tetapi saya merasakan tubuh badan saya semakin hari semakin kurang bertenaga.

Tekanan darah saya dan kadar denyutan jantung meningkat akibat dari tekanan kerja selama 5 minggu itu.

Tetapi Amazon telah mengiktiraf bahawa bahagian operasi kurang memerlukan tenaga manusia, jadi robot  mesin yang mengambil alih kerja-kerja tersebut.Yang ada hanyalah untuk menyelenggara mesin.

Amazon tidak perlu menguatkuasakan waktu bekerja 10 jam sehari. Sebaiknya cuba ubah kepada 40 jam selama lima hari dan menambah lagi kakitangan bertugas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...