(VIDEO) Lelaki Ini Bina Gim Sendiri Guna Barangan Terpakai Untuk Dapatkan Badan Berotot!

Trending

(VIDEO) Lelaki Ini Bina Gim Sendiri Guna Barangan Terpakai Untuk Dapatkan Badan Berotot!

Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Perumpamaan ini sering kali diguna pakai buat sesiapa yang ingin melakukan sesuatu kan. Apabila ada usaha, adalah juga hasilnya.

Bercerita mengenai gim, bukan semua orang mampu untuk membiayai yuran yang ditawarkan. Betul tak? Pun begitu, perkara ini tidak mematahkan semangat seorang pemuda ini yang bersungguh untuk memiliki badan berotot.

Advertisement

Dengan kudrat yang ada dan keinginan yang membuak-buak, pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Iqbal Muhamad Nor ini tekad membina gim sendiri di rumahnya yang bertempat di Jitra, Kedah. Wow!

Menerusi perkongsian video di aplikasi Tiktok, dia banyak berkongsi video-video mengenai peralatan senamannya yang dihasilkan sendiri menggunakan barang-barang terpakai.

pemuda bina gim sendiri

Khabarnya sebelum keputusan untuk memulakan semua ini, pemuda ini pernah bersenam di gim, namun kerana kekangan kewangan, dia membuat keputusan untuk berhenti sebelum timbul idea bernasnya tu.

“Dulu, saya selalu pergi bersenam di gim, bayar setiap kali masuk. Tapi kalau hari-hari gim banyak kos. Lebih baik saya buat gim sendiri, lebih jimat”

Ujar lelaki berbadan ‘sado’ ini, pada permulaannya cuma ada beberapa peralatan sahaja. Tetapi lama kelamaan dia berjaya menambah peralatan lain terutama ketika PKP yang pertama tahun lalu.

“Setakat ini, saya ada 14 peralatan atau ‘mesin’ senaman untuk menguatkan otot badan seperti bahagian dada, lengan dan belakang badan”

pemuda mahu badan berotot

Lelaki yang lebih mesra disapa Black ini berkata dia mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk membuat peralatan gim sendiri ini kerana pernah bekerja sebagai kontraktor selain bantuan daripada laman Youtube.

Ketika ditanya, rupanya pemuda awal 20-an ini berpengalaman sebagai ahli gusti lengan sebelum mahu memberi tumpuan kepada misi bina badan bermula Ogos 2020. Wahh, memang hebat!

pemuda bina gim sendiri

Menjawab persoalan mengapa gimnya itu tidak mempunyai bumbung, dia menambah bahawa ada kisah hitam kerana sebelum ini bumbung itu memang itu ada, tetapi telah roboh dimakan kumbang.

“Belum terfikir nak buat bumbung baru tetapi saya mahu menambah lebih banyak peralatan gim, biarlah panas sebab bersenam di gim memang untuk keluarkan peluh kan”

Dalam tak sedar, usahanya membina gim itu membuahkan hasil kepada diri pemuda itu. Mana tidaknya, beratnya sebanyak 77 kg telah bertambah kepada 90 kg.

Walaupun beratnya naik, tetapi itulah sebenarnya proses bulking iaitu membesarkan badan sehingga mencapai 95 kg sebelum dia meneruskan dengan proses diet untuk tampak lebih berotot.

Fuh, memang bersunguh-sungguh pemuda ini kan, semoga kisah ini memberi inspirasi buat semua untuk lebih bersemnagat dengan apa yang ingin dicapai.

SUMBER

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...