(Video) Lelaki ‘Dipukul’ Selepas Cubaan Melanggar Teman Wanitanya

Trending

(Video) Lelaki ‘Dipukul’ Selepas Cubaan Melanggar Teman Wanitanya

Tular rakaman video berdurasi 30 saat di laman Twitter milik akaun @jeppppppppppp_ yang mana memaparkan pasangan kekasih sedang bertengkar di jalan raya.

Lelaki berkenaan yang berada di atas motor manakala teman wanitanya hanya berdiri di jalan raya bertengkar tanpa mengetahui punca pertengkaran tersebut.

Advertisement

Tidak lama kemudian lelaki berkenaan bertindak melanggar teman wanita namun wanita itu sempat mengelak daripada dilanggar.

Tindakan lelaki berkenaan dilihat oleh dua orang pegawai bomba yang mungkin melihat kejadian berkenaan daripada awal. Cubaan melarikan diri gagal apabila sebuah kereta telah menyekat dan menghimpit motor lelaki berkenaan daripada berlalu pergi.

Dua orang pegawai bomba itu juga menahan dan memukul lelaki berkenaan gara-gara perbuatannya yang cukup berlebihan kepada wanita itu.

Video yang mendapat jumlah hampir 600,000 tontonan itu mendapat reaksi yang cukup hebat daripada warganet.

Ada juga yang berpesan kepada golongan wanita supaya sentiasa berhati-hati dan elakkan daripada bercinta dengan lelaki yang suka ‘naik tangan’ terhadap perempuan.

Harapnya keadaan akak tu baik-baik saja…

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...