Viral di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki yang bercuti bersama isteri dan anaknya tiba-tiba sahaja membuka baju sehingga tidak meninggalkan seurat benang di hadapan orang ramai.
Kejadian yang berlaku di lobi Hotel Genting itu dipercayai berlaku semalam di mana video tersebut memaparkan lelaki yang bekerja sebagai pembantu kerani itu melutut di atas lantai bersebelahan isteri dan anaknya setelah berbogel.
Kesian… Datang bercuti dekat genting highland dengan isteri dan 2 orang anak kecik, tapi alami tekanan kerja sampai abang ni bogel dekat hotel. pic.twitter.com/jCuSAl0Q6p
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 7, 2022
Tindakan lelaki itu telah menimbulkan kekecohan dan memeranjatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar selain ada yang menolong dengan membawa tuala untuk menutup badan lelaki tersebut.
Manakala perkembangan terkini, Superintendan Zaiham Bin Mohd Kahar selaku Ketua Polis Bentong telah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa lelaki itu telah mengalami tekanan kerja yang teruk.
Pihak polis juga telah bergegas ke tempat kejadian dan meminta agar lelaki tersebut memakai semula bajunya sebelum dibawa ke Balai Polis Genting Highlands.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Bentong bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selanjutnya.