Seorang pekerja sebuah kedai francais minuman di Taman Sri Muda, Shah Alam parah selepas ditikam sebanyak lapan kali oleh lelaki dalam cubaan merompak premis terbabit.
Menerusi rakaman video yang tular, wanita itu yang sedang duduk di bahagian belakang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki pada jam 11.25 pagi.
Suspek dipercayai warga asing dan ketika kejadian dia pada mulanya berada di depan kaunter sebelum pergi ke arah mangsa dan terus menyerangnya menggunakan pisau pemotong kertas.
Tikam 8 kali
Mangsa dilihat cuba melawan dan melarikan diri namun suspek itu terus mengejar dan menikamnya sebanyak 8 kali menyebabkannya mengalami kecederaan serius di perut.
Dia bekerja sebagai supervisor dekat kedai tersebut. Lapan kali kena tikam dekat perut. Kena samun dan ada duit dekat dia RM4,000. Sekarang masih menerima rawatan dan dalam pantauan doktor.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang giat memburu suspek dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Rompakan kedai mixue dekat Taman Sri Muda..anak AZMAN SANI…adik izmah yang wahida tu..
Sekarang dia dipantau oleh DR.
Dia supervisor dekat mixue tu.
8 kali kena tikam dekat perut.
Kena samun & ada duit dekat dia RM4000
Sumber info : FB pic.twitter.com/DPkd1RnGkL
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 13, 2024
Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.