(Video) Lelaki Berjaya Selamatkan Anjing Sebelum Jadi Santapan Warga Asing

Trending

(Video) Lelaki Berjaya Selamatkan Anjing Sebelum Jadi Santapan Warga Asing

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki sedang menyelamatkan seekor anjing dari menjadi makanan pekerja Vietnam.

Kejadian ini disedari oleh seorang lelaki di Facebook yang melihat pekerja asing tersebut sedang menarik anjing ini secara paksaan.

Advertisement

Menurut lelaki ini, semasa dalam perjalanan balik dari berniaga, beliau melalui pekan Klang dan terlihat seorang lelaki Vietnam sedang mengheret seekot anjing sepanjang 3km dalam keadaan yang mencurigakan.

Beliau lalu mengikut lelaki ini dan bertanya adakah anjing ini miliknya dan mengetahui niat lelaki itu untuk menikmati anjing tersebut.

anjing diheret 3km

Ini bukan you punya anjing tau, itu anjing tak nak ikut, tapi you tarik. You dari mana?

You mahu makan itu anjing kan? you lepas itu anjing sebelum saya bawak you pergi balai.

lelaki curi anjing

Bukan itu sahaja, lelaki ini juga mengekori warga Vietnam tersebut sehingga ke rumahnya.

Yang paling mengejutkan, 2 orang kawannya sedang menangkap anjing untuk dibuat sate.

“3 ekor manusia tu aku suruh balik ke pangkal jalan dan aku follow sampai rumahnya.”

Aku tau anjing tu haram, tapi lagi haram ko seksa dia. ‘Anjing betul’, harap yang ada bela haiwan tu jaga la sebaiknya.

Rata-rata netizen memuji sikap lelaki ini yang menyelamatkan anjing tersebut dari menjadi mangsa makanan manusia durjana ini.

Dari perkongsian video ini, warga Vietnam ini dikatakan tidak memiliki pasport. Jadi, sepatutnya mereka perlu bersyukur dapat mencari rezeki.

Bukannya negara kita tak cukup makanan, kenapa anjing juga yang nak dimakan?

Kepada semua pemilik anjing dan pencinta anjing, berhati-hatilah agar kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.

 

Sumber: Facebook

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...