(Video) Lelaki Bangladesh ‘Menggila’ Buat Aksi Tidak Senonoh Depan Pintu Rumah

Trending

(Video) Lelaki Bangladesh ‘Menggila’ Buat Aksi Tidak Senonoh Depan Pintu Rumah

Di Malaysia ini memang ramai pekerja asing yang datang untuk mencari rezeki. Di mana-mana lokasi sahaja memang kita akan jumpa lambakan pekerja asing di Malaysia. Ada yang datang sini untuk cari rezeki tapi kalau yang mendatangkan masalah, ini yang patut dipantau.

Baru-baru ini tular video di laman Twitter apabila seorang lelaki Bangladesh beraksi lucah di hadapan rumah orang. Wanita di dalam rumah terbabit menjerit meminta tolong akibat gangguan pada jam 1 pagi itu.

Advertisement

“Jarang aku jumpa orang horny ketuk pintu!”

Pada mulanya, lelaki ini terdengar suara wanita menjerit meminta tolong pada tengah malam. Mula-mula disangkanya ada masalah pergaduhan rumahtangga. Tapi selepas tiba di lokasi, dilihat lelaki Bangladesh ini cuba memasuki rumah wanita itu sambil beraksi lucah.

Yang lebih menyakitkan hati, kejadian ini turut disaksikan oleh pengawal keselamatan yang hanya mampu melihat sahaja. Sepanjang kejadian berlaku, wanita di dalam rumah itu menjerit ketakutan meminta tolong.

Kalau melihatkan pada keadaan lelaki Bangladesh itu seperti sedang ‘khayal’ kerana dia langsung tidak takut ditangkap walaupun sudah ada tiga lelaki berada di situ. Tetapi menurut perakam video, tiada bau minuman alkohol kalau mahu katakan dianya mabuk.

Soooo yang mana tengh duduk rumah sorang kee… tengahh duduk bujang kee apa kee please make sure korang kunci gril rumah korangg sebelum tidurr kee nak keluar kee apa2 jellaa!! Lagi2 perempuan yang duduk sorang2 please hati2 ye guyss..

Video yang tular ini turut mendapat kecaman netizen kerana sikap pengawal keselamatan yang hanya membiarkan sahaja lelaki Bangladesh itu dan tidak melakukan apa-apa. Sedangkan wanita itu sudah menjerit minta tolong dan dalam keadaan ketakutan.

Sakit pula hati tengok perangai macam ni. Datang Malaysia nak cari rezeki ke nak cari pasal ni? Harap wanita itu selamat dan tidak berada dalam keadaan trauma.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...