Selalunya kita dengar kaum perempuan jer yang ada masalah masuk parking kereta, betul tak? Tapi lain pula jadinya di Britain apabila seorang lelaki mengambil masa lebih 5 minit untuk memasukkan keretanya ke dalam kotak parkir. Pergh! Lama gila.
Kita yang tengok ni pun rasa sakit hati gais. Berapa minit dia cuba betulkan tapi tak masuk-masuk ke dalam kotak parkir, walhal ruang dekat situ bukannya sempit pun.
Menurut laporan Daily Mail, insiden ini dirakam oleh seorang saksi dan menganggapkan ini sesuatu perkara yang memalukan.
Jelas untuk bantu dia meluruskan semula kenderaan dan banyak ruang lot parkir kosong.
Saya kagum dengan usahanya kerana kalau orang lain, mungkin sudah putus asa. Dia ke depan ke belakang dan itu menarik perhatian saya untuk menonton aksinya.
Ini agak mengecewakan untuk ditonton. Dia mungkin individu parkir paling teruk kat sini. Mungkin juga seorang pemandu bagus tetapi tak tau nak parkir kereta.
Mungkin pemandu tersebut kurang yakin. Korang rasa patut tak dia masuk sekolah memandu balik?