Seorang influencer dan vlogger dari Afrika berdepan pengalaman tidak menyenangkan apabila dihina dengan panggilan berbaur perkauman ketika berada di India.
Insiden itu berlaku apabila seorang lelaki tempatan memanggilnya dengan perkataan “Kalua”, istilah bahasa Hindi yang bererti “hitam” tetapi sering digunakan dalam konteks menghina individu berkulit gelap, terutamanya mereka yang berasal dari negara Afrika.
“Oye kalua!” – Lelaki India Panggil Dengan Nada Ejekan
Dalam video yang dikongsi vlogger tersebut, seorang peniaga India kedengaran menjerit:
“Oye kalua!” (Hey, hitam!)
Vlogger itu yang memahami bahasa Hindi segera berpaling dan bersemuka dengan lelaki tersebut.
“Apa kamu kata tadi? Saya dengar kamu sebut kalua? saya faham bahasa Hindi.”
Selepas menyedari tindakannya dirakam dan disedari, peniaga berkenaan cuba menafikan niat rasisnya. Dia mendakwa vlogger itu “tersalah dengar” dan kononnya hanya ingin bertanya khabar.
Namun alasan itu tidak meyakinkan vlogger tersebut, yang kemudian memberi amaran keras:
“Jangan panggil saya kalua, faham? Jaga mulut kamu.”
Video itu tular dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Istilah “oye kalua” sememangnya dikenal sebagai kata ejekan yang kasar di India. Ramai pelancong dan pendatang dari Afrika melaporkan pengalaman serupa selama bertahun-tahun menunjukkan masalah diskriminasi kulit masih wujud dalam sebahagian komuniti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
