(VIDEO) “Lee Kwang Soo Malaysia!” – Lelaki Tinggi 200cm Ini Tarik Perhatian Ramai

Trending

(VIDEO) “Lee Kwang Soo Malaysia!” – Lelaki Tinggi 200cm Ini Tarik Perhatian Ramai

Mempunyai tubuh badan yang tinggi lampai sering kali menjadi idaman ramai orang. Kebiasaannya, orang yang tinggi ini juga dikaitkan dengan kerjaya seperti model peragaan jenama tempatan hingga ke luar negara. Wah, memang sesuai kan.

Di Malaysia, rata-rata ketinggian selalunya mencecah hingga 180cm. Namun, lain pula buat lelaki berdarah Melayu ini apabila mencatat rekod tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 200cm. Wow! Tinggi sangat ni.

Lelaki yang dikenali sebagai Syazwi ini turut berkongsi rakaman video dimana dia sedang berjalan di sekitar KLCC. Lebih mengkagumkan, perbezaan yang ketara dapat dilihat antara lelaki ini dengan orang sekelilingnya.

Advertisement

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tinggi sebenar lelaki ini, tambah lagi apabila melihat video yang dikongsi lelaki tersebut yang jelas kelihatan lebih menonjol.

Lebih mencuit hati, apabila ada yang menyamakan lelaki ini dengan selebriti Korea Lee Kwang Soo yang juga tinggi lampai. Tidak ketinggalan juga komen-komen lucu yang sangat menghiburkan.

Lelaki tinggi 200cm

“Macam mana cuaca kat atas tu? Okay ke?”

Wah, tinggi betul ya, mesti ahli keluarga dia pun tinggi-tinggi belaka. Pun begitu, tetap bersyukur dengan diri sendiri ya, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tinggi atau rendah, semuanya insan yang special!

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...