Semalam, buat pertama kalinya kumpulan wanita Malaysia yang semakin hari semakin mendapat perhatian luar negara iaitu Dolla mempersembahkan single terbaru mereka yang berjudul ‘Classic’.
Biarpun persembahan mereka memukau hati peminat, tetapi segelintir netizen yang melihat video mereka menari yang dimuat naik di media sosial berasa kurang senang.
View this post on Instagram
Netizen merasakan kumpulan tersebut seolah-olah tidak menghormati dengan isu yang sedang melanda di negara saudara Islam kita iaitu peperangan di Palestin.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang merasakan kumpulan Dolla boleh berpakaian yang lebih sopan memandangkan terdapat beberapa ahli kumpulan yang beragama Islam.
Sekadar info, kumpulan Dolla mula ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Universal Music Malaysia dan mereka terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.