Satu video lama memaparkan pelakon dan model Zahnita Wilson mengadakan kempen membersihkan sampah di pantai menjadi tular kembali di media sosial.
Sebelum ini, kecoh mengenai ibu kepada empat orang anak itu mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dalam hantaran video tersebut, Zahnita pada ketika itu dikatakan masih belum berkahwin dan kelihatan cantik dan bermaya dalam kempen tersebut.
Saya sedang melakukan kempen alam sekitar tahun ini. Saya mulakan pembersihan bermula di Pantai Remis. Jiran-jiran, kawan sekolah dan keluarga turut menyokong saya untuk membersihkan pantai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Zahnita meluahkan rasa sebak melihatkan perubahan model itu yang sangat berbeza sebelum dan selepas berkahwin.
Wanita kalau di tangan yang salah. Hancur semuanya, muka dia sekarang nampak sangat derita. Sedihnya.
Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu memuat naik foto wajahnya lebam kerana dikasari suami.
Susulan daripada itu, suami Zahnita, Abdul Zackery Ghouse telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga dan dilaporkan turut positif dadah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.