Pelawak dan penyampai radio, Shuib akhirnya berpeluang untuk bertemu empat mata dengan kanak-kanak yang memilik wajah mirip Allahyarham isterinya, Siti Sarah.
Momen pertemuan itu dikongsikan di laman Instagram milik ibu tirinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder.
Menerusi video tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dilihat langsung tidak melepaskan pandangannya daripada kanak-kanak itu.
View this post on Instagram
Malah, pelawak berusia 38 tahun itu turut memanggil kanak-kanak yang bernama Miza itu dengan panggilan ibu.
Bukan itu sahaja, Makder turut berharap hubungan mereka sekeluarga dengan kanak-kanak itu terus berkekalan.
Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, kalini bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah meluahkan rasa sebak melihat cara pandangan Shuib terhadap adik Miza.
Dalam pada itu, ramai netizen yang turut tidak dapat menafikan persamaan wajah dan karakteristik adik Miza dengan arwah Siti Sarah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.