(VIDEO) Lagu Raya Fattah Amin Dapat Reaksi Positif Pendengar

Hiburan

(VIDEO) Lagu Raya Fattah Amin Dapat Reaksi Positif Pendengar

Bersempena Syawal yang bakal tiba, baru-baru ini pelakon Fattah Amin telah mengambil peluang untuk melancarkan lagu rayanya sendiri berjudul Syawal Kali ini.

Advertisement

Lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat Amdan dan Mel Ramlan mendapat reaksi positif daripada pendengar kerana ia mengembalikan nostalgia lagu-lagu raya sekitar tahun 90 an.

Bukan itu sahaja, sebelum ini ramai juga yang mengkritik Fattah tidak boleh menyanyi tetapi untuk lagu Syawal Kali ini, nyanyian Fattah mendapat pujian netizen termasuklah ketika beliau melaungkan takbir hari raya pada permulaan lagu.

Kami juga bersetuju dengan netizen kali ini, lagu tersebut memang terserlah kemeriahannya dan sedap didengar. Gaya nyanyian Fattah juga ada perubahan berbanding sebelum ini. Apa pula pendapat korang?

Kredit Video : YouTube Universal Music Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.