June 14th, 2012

Abang Nara pernah bercerita tentang penyanyi yang bernama Zain ini tidak lama dahulu. Zain telah mendapat hak untuk menyanyikan semula lagu ciptaan JYP yang pernah dinyanyikan oleh 2AM. Untuk makluman, ramai penyanyi yang cuba mendapatkan kebenaran menyanyikan balik lagu 2AM ini, namun nampaknya JYP terpikat dengan kemerduan suara Zain.

Best kan? Abang Nara dapat rasakan kesyahduan dan feeling yang dilontarkan oleh Zain semasa menyanyikan lagu yang bertajuk “Lagu Ini” ini. Bukan senang untuk membawa lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi hebat Korea, namun nampaknya Zain berjaya membuat sesuatu yang sangat mantap.

Nantikan temuramah ekslusif Abang Nara bersama Zain tidak lama lagi. Buat masa ini, layankan video klip di atas dan layari www.zainamri.com sekiranya anda ingin mengenali penyanyi ini dengan lebih lanjut lagi.


66 responses to “Zain Lancarkan Video Klip Lagu Ini, Serious Touching Gila!!!”

  1. adei…. bukan lah nk bandingkn dengan penyanyi asal (den ni bukan lah peminat korea.. tp kenal jugalah 2AM).. tapi mcm tak ngam lak suara bdk zain ni bawak lagu ni walaupun dah translate ke bahasa melayu…. aku rasa klu hazami yg bawak lagi touching

  2. blurry.... says:

    sy faham apa encik zain n nyanyi, tp sy tak tgk bidio klip beliau sampai abis.. maap ye en zain..

    sy tak faham apa yang 2am nyanyi, tp sy boleh dengar lagu ie sampai abis..
    http://www.youtube.com/watch?v=EoIQGlf-ytc

    kenapa ye? ada sape2 leh tulon bgtau sy kenapa tak? :)

  3. kiki pemalu says:

    aiyaaaaaaak… touching? touching sangat *tgn kat bahu mata ke atas.. :P

  4. JoKwon 2AM says:

    ommo!! is this what u called singing?? such a disgrace!! to BN u seriously have no taste in music.zzzzzzz……

  5. Peminat tegar JYP( Actually minat anak didik dia 2PM) says:

    buat rosak lagu JYP jea… hmpphhhh… Benci mak nokkkkk

Loading...