(Video) Lagi Kes Viral Buang Pampers Anak, Lelaki Ini Kantoi Buang Pampers Terpakai Atas Kereta Orang Lain

Trending

(Video) Lagi Kes Viral Buang Pampers Anak, Lelaki Ini Kantoi Buang Pampers Terpakai Atas Kereta Orang Lain

Sebelum ini pernah kecoh kejadian pelancong dari China yang menanam lampin terpakai anaknya di Pulau Boracay. Sehinggakan pulau itu terpaksa ditutup berikutan kejadian itu. Kali ini sekali lagi kisah yang sama berlaku melibatkan objek yang sama iaitu lampin pakai buang yang sudah terpakai.

Kejadian berlaku di sebuah tempat letak kenderaan di Tampines Mall dimana lelaki ini ‘kantoi’ mencampak lampin terpakai anaknya di atas sebuah kenderaan lain. Tetapi nasibnya malang sekali kerana kereta tersebut mempunyai kamera yang berjaya merakam aksinya itu.

Advertisement

lelaki memasukkan barang di dalam kereta
Pada mulanya dapat dilihat lelaki itu memasukkan stroller anaknya ke dalam bonet kereta sebelum wanita di dalam kereta memberi lampin tersebut. Barangkali maksudnya di sini untuk minta tolong buangkannya tetapi mungkin lelaki ini tersilap pandang kereta di belakangnya sebagai ‘tong sampah’.

lelaki berdiri di belakang bonet kereta
Selepas mencampak lampin tersebut dia sekali lagi memandang pada kereta yang menjadi mangsanya itu. Tetapi kemudian dia hanya berlalu pergi meninggalkan jejak ‘jenayah’ nya itu.

Video yang tular ini dikongsikan oleh pemilik kenderaan tersebut di laman Facebook nya. Siapa saja lah yang tak marah bila tengok kereta sendiri kena macam ni kan.

Bukan susah pun nak cari tong sampah. Kalau malas sangat pun jangan lah sampai kereta orang lain yang jadi mangsa. Kalau kena dekat diri sendiri ni, mengamuk tak ingat dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...