(Video) Lagi Kes Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Kali Ini Libatkan Kereta Dipandu Ahli Keluarga Bomba

Trending

(Video) Lagi Kes Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Kali Ini Libatkan Kereta Dipandu Ahli Keluarga Bomba

Kes kemalangan yang disebabkan pemandu mabuk semakin mencatatkan peningkatan di Malaysia. Sehinggakan rakyat Malaysia sudah jemu mendengarkan kes kemalangan berpunca dari pemandu mabuk. Sebelum ini, satu petisyen dilancarkan bagi mengharamkan penjualan arak di Malaysia.

Baca: Mangsa Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Penjualan Arak

Advertisement

Kali ini, satu lagi kemalangan berpunca dari pemandu mabuk berlaku di mana melibatkan ahli keluarga anggota bomba sendiri. Bayangkan sudah berapa banyak kes kemalangan pemandu mabuk yang ditangani oleh pasukan bomba dan kali ini melibatkan keluarga mereka pula.

Video yang kini viral di media sosial itu dirakamkan oleh mereka yang berada di tempat kejadian. Anggota bomba tersebut tidak dapat menahan rasa marahnya dan terus memarahi pemandu yang mabuk itu. Keadaan berjaya dikawal oleh orang awam lain yang turut membantu.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak mangsa menangis memanggil ibunya yang cedera di dalam kereta. Walaupun kanak-kanak itu kelihatan seperti tidak mengalami kecederaan teruk, tapi ianya pasti meninggalkan trauma pada kanak-kanak itu. Kejadian ini dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak berdasarkan ruangan komen netizen.

Hukuman lebih berat

Rata-rata netizen meminta supaya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk berikutan jumlah kemalangan yang semakin meningkat. Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda sebanyak RM8,000 hingga RM20,000.

Pemandu yang mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan,dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, *hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

Sebelum ini, seorang lelaki berjaya menyelamatkan anaknya daripada dilanggar pemandu mabuk yang kemudian merempuh gerai jualannya di hadapan rumahnya. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Bapa Terdetik Hati Mahu Panggil Anak Sebelum Gerai Hancur Dirempuh Pemandu Mabuk

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...