Baru-baru ini viral di media sosial Twitter, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hermy Rahim yang memaparkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka.
Menerusi video tersebut, Pengarah KPDNHEP Melaka dilihat sedang membuat tinjauan dan pemantauan di sebuah pasar di Melaka susulan kenaikan harga barangan yang menjejaskan pembekal, peruncit, serta pengguna.
Menurut pengarah, Norena Jaafar telah mencadangkan agar orang ramai mengurangkan kadar penggunaan dan pengambilan telur ayam dalam pemakanan seharian mereka.
Kalau dah tahu harga telur ayam tinggi, kita kurangkan makan telur.
Jelasnya, jika selalunya pengguna makan 20 biji telur ayam dalam seminggu, pengguna boleh cuba untuk mengurangkan kadar pengambilan telur sebanyak 10 atau 15 biji seminggu.
Tak ada masalah.. itu adalah cara hidup kita.
Hahahaha pengarah. Hahahaha pic.twitter.com/RkdQpoEr4R
— HermyR (@HermyRahim) July 1, 2022
Bagaimanapun, menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah KPDNHEP itu.
Kalau kena kurangkan makan telur ayam habis tu nak makan apa lagi dah kalau telur je yang paling murah – netizen.
“Telur harga mahal, kurangkan perbelanjaan telur. Menteri harga mahal, kurangkan perbelanjaan menteri jugak la kan?” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.