Perkongsian sebuah video di TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang kanak-kanak perempuan dilihat berkelakuan kurang ajar dan menunjukkan isyarat lucah.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu dipercayai gelandangan telah mendekati sebuah kereta yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya.
Kanak-kanak itu kemudiannya menunjukkan isyarat lucah dan menghulurkan penumbuk kepada penumpang kereta berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, dia turut membuat provokasi dengan menunjukkan riak muka tidak puas hati setelah mengetahui kelakuannya dirakam penumpang kereta berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geram dengan sikap kanak-kanak berkenaan yang dianggap kurang ajar.
Ada juga yang berharap agar pihak berkuasa mula mengambil tindakan terhadap kanak-kanak yang berkeliaran di jalan raya dengan meminta sedekah dari kereta ke kereta kerana boleh membahayakan nyawa mereka.