Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Kuch Kuch Hota Hai Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Curi Perhatian Netizen

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel antara pasangan yang sering berkongsi detik-detik manis mereka berdua bersama peminat. Kata orang, sesiapa sahaja yang melihat video ataupun foto yang dimuat naik oleh mereka berdua pasti akan melabelkan Wawa dan Aeril pasangan paling manis serta bahagia di Malaysia.

Advertisement

Sebelum ini, mereka berdua pernah menjadi viral apabila Aeril membuat kejutan dengan membawa Wawa ke Lombok, Indonesia bagi merakam video ala-ala hindustan dengan lagu daripada filem terkenal iaitu Kaho Na Pyar Hair.

Terbaru, Aeril dan Wawa sekali lagi menjadi bualan serta menarik perhatian netizen apabila merakam muzik video  dengan tarian Bollywood menerusi lagu Ladki Badhi Anjani Hai  bagi filem popular  kegemaran ramai, Kuch Kuch Hota Hai. Lebih menarik lagi ia berlatarbelakangkan keindahan negeri Kashmir. Wow! Memang gempak habis.

Advertisement

Wah, meskipun ia bertujuan untuk mempromosikan koleksi pakaian 5 Waktu. Namun, sesiapa sahaja pasti “cair” melihat kemanis dan kemesraan pasangan ini. Semoga mereka berdua kekal bahagia sehingga ke jannah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top