(VIDEO) “Kuat Semangatmu Dik..” – Demi Bertemu Ibu Tercinta, Anak Tekad Meniti Kabel Elektrik

Kehidupan

(VIDEO) “Kuat Semangatmu Dik..” – Demi Bertemu Ibu Tercinta, Anak Tekad Meniti Kabel Elektrik

Umum mengetahui tentang banjir yang kini melanda negeri sebelah Pantai Timur. Meskipun cuaca sudah semakin membaik namun beberapa kawasan sekitar Hulu Terengganu masih lagi terjejas teruk dengan jalan dan jambatan yang rosak.

Hal ini menyebabkan ada kampung yang terputus hubungan. Itulah yang menimpa penduduk di Kampung Belukar Bukit apabila jambatan utama yang digunakan mereka rosak sepenuhnya.

Advertisement

Lebih teruk, sistem talian komunikasi, bekalan elektrik dan air turut terjejas. Sekaligus membimbangkan orang ramai mengenai mangsa yang terjejas namun tidak dapat meminta pertolongan.

banjir

Begitu juga dengan seorang gadis yang bimbang terhadap keluarga yang terkandas. Menerusi satu video yang tular di laman Facebook memaparkan seorang gadis yang sudah 2 hari terputus hubungan dengan keluarganya nekad menyeberangi jambatan yang telah rosak teruk.

Malah, gadis itu dilihat memberanikan diri meniti di atas gulugan kabel elektrik sambil berpaut pada besi pembahagi jalan untuk sampai ke seberang.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen risau melihat tindakan gadis itu yang dianggap berbahaya kerana kablel elektrik yang dipijak mempunyai voltan yang cukup tinggi.

“Bahaya tu pijak atas kabel elektrik, kalau ada kebocoran pada kabel tu lagi bahaya,” tulis seorang netizen.

“Harap orang lain jangan buat begitu lagi, bahaya wayar Tnb bawah tu 11000KiloVolt dipijak tu. Yang dah terkena pada plug dalam rumah baru 230Volt, itu pun ada yang rentung,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

spm
3 years ago

(VIDEO) "Tak Lama Lagi Periksa.." - Calon SPM Tekad Belajar Dalam Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...