Fuh, tiba-tiba sahaja tadi nama adik kepada Neelofa iaitu Nur Ameera cukup hangat diperkatakan, kami pun usha la apa yang Ameera dah buat?
Rupa-rupanya beliau telah dikecam oleh netizen gara-gara memberikan pendapat mengenai sekolah dan guru kerajaan.
Ameera yang belajar di sekolah swasta  antarabangsa menganggap cikgu di sekolah kerajaan tidak mampu untuk berfikir di luar kotak dan melakukan pekerjaan dengan cincai.
Nyata pendapat peribadi Ameera itu tidak dapat diterima baik oleh masyarakat dan ada yang melabelkan beliau terlalu berlagak.
Namun, ada juga dikalangan pengguna media sosial yang bersetuju dengan Ameera dan menegaskan tidak salah untuk beliau menyuarakan pendapat sebegitu.