Pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi masakan, Khairul Aming telah berkongsi tips dan cara pemakanannya serta rutin harian ketika bulan Ramadan.
Menerusi video tersebut, dia yang sering disebut sebagai KA berkata pada bulan Ramadan ini dia menjaga portion makanan yang diambil selain turut bersenam pada waktu petang.
View this post on Instagram
Netizen rasa tertipu
Perkongsian KA seperti biasa mendapat perhatian ramai pengikutnya di semua platform media sosial dan rata-ratanya berseloroh seperti memarahinya.
Kata mereka, dia berkongsi pelbagai jenis resipi masakan dan air manis namun ternyata KA sendiri mengamalkan gaya hidup sihat.
Sementara itu, ramai turut memujinya kerana berkongsi tentang perkara yang bagus bukan sahaja resipi memasak tetapi turut menyebarkan kesedaran untuk menjaga kesihatan dengan mengawal pemakanan.
Beberapa individu turut mencadangkan agar Khairul Aming berkongsi resipi makanan diet pula selepas ini supaya ramai boleh mencuba dan terikut-ikut pemakanan sihat sepertinya.