Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Video Klip Katy Perry Menghina Agama Islam

Terkejut beruk Abang Nara dibuatnya apabila melihat video klip Katy Perry yang bertajuk Dark Horse ini. Penyanyi Barat kalau seksi itu semua adalah perkara biasa. Tak ada apa yang perlu dihairankan. Namun apabila terdapat unsur menghina Islam di dalam video klip ini, memang agak marah juga diri ini dibuatnya. Terbakar jiwa dan raga.

katy perry

Advertisement

Pada minit ke 1.15, seorang lelaki dengan lambang Allah (seperti gambar di atas) di bahagian dadanya kelihatan musnah di dalam video klip ini. Apakah yang cuba disampaikan oleh Katy Perry? Kenapa perlu ada lambang Allah pada lelaki tersebut? Ini adalah satu bentuk penghinaan yang jelas. Seolah-olah ingin menggambarkan kehancuran Allah dan agama Islam itu sendiri.

Ribuan komen di video klip ini telah diterima oleh umat Islam seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Katy Pery di dalam video ini. Malah kalau tak silap Abang Nara, sudah diwujudkan “petition” untuk membuang video klip ini. Walaupun Katy Perry bertaraf “superstar” bukan Islam, perkara sebegini seharusnya tidak terjadi. Apa pula kata anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top