Sebuah video tular di TikTok telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila seorang lelaki warga Bangladesh meluahkan rasa terkejutnya melihat situasi wanita bekerja di Malaysia.
Video yang dimuat naik oleh pengguna @kunyahan_ itu memperlihatkan lelaki tersebut berkongsi pandangannya mengenai perbezaan budaya antara Malaysia dan kampung halamannya.
Menurut lelaki itu, di kampungnya, kaum wanita tidak keluar bekerja sebaliknya hanya lelaki sahaja yang mencari nafkah. Katanya dalam loghat yang jelas mencerminkan kejujuran:
Kita punya kampung, perempuan takda kirja… lelaki saja keluar. Perempuan duduk rumah saja.
Reaksi spontan itu nyata menggambarkan rasa kagum bercampur bingung beliau apabila melihat wanita Malaysia yang aktif dan berdikari, mampu bekerja sendiri serta menyara kehidupan tanpa bergantung kepada lelaki.
Video tersebut, yang kini meraih ribuan tontonan dan ribuan komen, turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen tempatan. Ramai yang menganggap kenyataan itu sebagai refleksi jelas kepada jurang budaya antara dua negara/
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:
“Ni belum nampak perempuan Malaysia kerja dua tiga kerja sehari. Kuat betul dorang.”
“Perempuan Malaysia independent. Kami bukan nak duduk rumah je.”
“Entah sapa lah punya idea perempuan kena kerja.”
Walaupun pada zahirnya video ini dilihat seperti satu keluhan ringan atau kekaguman spontan, ia sebenarnya membuka ruang kepada perbincangan yang lebih luas tentang peranan wanita dalam masyarakat moden.
Perempuan hari ini bukan sahaja aktif dalam sektor pekerjaan, malah turut menjadi tulang belakang kepada ekonomi keluarga dan negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.