Tentu ramai yang masih ingat lagi dengan selebriti media sosial, King Coco yang beberapa tahun lalu terkenal dengan video pelat ‘Mat Saleh’ dan ‘lots of mix’.
Namun, itu semua dahulu, King Coco sekarang bukan calang-calang orangnya dan kini melibatkan diri dalam dunia politik menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Agak mengejutkan apabila dia dikatakan menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu bahagian Bagan Serai di Perak. King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, yang bertanding untuk pemilihan Bahagian 2020/2022 memenangi jawatan tersebut apabila mendapat 62 undi dan menewaskan dua calon lain.
Momen kemenangan King Coco
Perkara itu menjadi bualan hangat ramai sehingga nama King Coco kini trending di Twitter. Rata-rata netizen terkejut mendengar berita tersebut dan ada yang mengatakan bahawa dia membuat ‘come back’ setelah beberapa tahun “menghilangkan diri” tidak terpalit dengan apa-apa kontroversi.
Fuh, pandai juga dia mengatur strategi sehingga boleh dikatakan berjaya menceburi bidang politik. Apa pula pendapat anda, layak atau tidak King Coco bergelar ahli politik?
Sumber Berita : Facebook Bagan Serai Kampung HalamanKu

minah jambu say NO to drugs
March 13, 2020 at 10:14 am
sape king coco ni cina ke melayu? sori minah jambu tak kenal
undi beli ka??
March 13, 2020 at 8:30 am
seriously???? apa jasa & qualifications that lady? Diva AA lagi relevan!
Eliza
March 12, 2020 at 9:11 pm
Omg!apa nak jadi dgn politik malaysia? Rasanya byk lagi yg lebih berkualiti…setakat penari kelab pakai baju tak cukup kain ni dijadikan contoh?totally disappointed