Tentu ramai yang masih ingat lagi dengan selebriti media sosial, King Coco yang beberapa tahun lalu terkenal dengan video pelat ‘Mat Saleh’ dan ‘lots of mix’.
Namun, itu semua dahulu, King Coco sekarang bukan calang-calang orangnya dan kini melibatkan diri dalam dunia politik menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Agak mengejutkan apabila dia dikatakan menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu bahagian Bagan Serai di Perak. King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, yang bertanding untuk pemilihan Bahagian 2020/2022 memenangi jawatan tersebut apabila mendapat 62 undi dan menewaskan dua calon lain.
Momen kemenangan King Coco
Perkara itu menjadi bualan hangat ramai sehingga nama King Coco kini trending di Twitter. Rata-rata netizen terkejut mendengar berita tersebut dan ada yang mengatakan bahawa dia membuat ‘come back’ setelah beberapa tahun “menghilangkan diri” tidak terpalit dengan apa-apa kontroversi.
Fuh, pandai juga dia mengatur strategi sehingga boleh dikatakan berjaya menceburi bidang politik. Apa pula pendapat anda, layak atau tidak King Coco bergelar ahli politik?