(VIDEO) Kilang Penapis Minyak di Indonesia Meletup Dan Terbakar

Trending

(VIDEO) Kilang Penapis Minyak di Indonesia Meletup Dan Terbakar

Sebuah kilang penapis minyak Pertamina di Inderamayu, Jawa Barat, Indonesia terbakar dalam satu kejadian yang berlaku awal pada jam 1.30 pagi waktu tempatan, lapor akhbar Kosmo.

Punca kejadian masih belum dikenalpasti namun dikatakan kejadian berlaku sewaktu hujan lebat dan petir. Menurut Suyanto, Penolong Ketua Bahagian Penyelamat dan Pemindahan Pemadam Kebakaran Indramayu, pihaknya telah mengarahkan dua jentera pemadam kebakaran untuk memadam api di tempat kejadian.

Advertisement

Dalam hal itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Suci menceritakan detik-detik cemas berhubung kejadian. Menurutnya, dia dapat melihat api yang begitu marak dari rumahnya dengan jarak lebih kurang lima kilometer(km) dari kilang berkenaan.

“Kalau dari sini jaraknya memang jauh. Tapi, saya dapat melihat api yang marak dengan begitu tinggi secara jelas”

Berikut merupakan beberapa video yang dikongsi di laman Twitter mengenai kejadian.

Untuk pengetahuan, aktiviti kilang ini ialah memproses minyak mentah menjadi produk-produk bahan bakar miyak, bukan bahan bakar minyak dan petrokimia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...