Boleh dikatakan zaman kini ramai pemuda ataupun remaja kebanyakkan memilih untuk tidak bergaul dengan orang yang lebih tua kerana merasakan mempunyai berbeza pendapat.
KA mengaku pandai berborak dengan ‘makcik-makcik’
Bagaimanapun, lain pula buat pempengaruh serta usahawan popular, Khairul Aming, di mana dia mengakui merupakan ‘pakar’ ketika berborak dengan ‘makcik-makcik’.
Dalam satu keratan klip memaparkan usahawan itu di platform TikTok, KA meluahkan rasa syukur kerana diberi kebolehan untuk berkomunikasi.
Borak dengan orang tua ini, kena ada cara dia. Campak lah dengan siapa-siapa, saya boleh borak.
Netizen setuju dengan KA, orang muda kena belajar berkomunikasi
Namun begitu, KA turut mengakui dia bukanlah seseorang ‘extrovert’, cuma tahu cara untuk berkomunikasi
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan pendapat KA mengenai orang muda perlu belajar untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih tua berbanding mengasingkan diri.