Inai di jari masih lagi merah, seorang pemuda dari Pahang bernama Syed Syamin ini reda apabila isteri tersayang yang baru sahaja dikahwininya selama 15 hari meninggal dunia akibat disihir oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Baru sahaja ingin merasa nikmatnya mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta, Syamin berkata isterinya semakin menderita akibat perbuatan khianat manusia yang khabarnya telah dihadapi sejak tahun 2016 lagi.
Ceritanya lagi, episod hitam itu bermula apabila mereka selesai mengadakan majlis bersanding dan ketika ingin bersama sebagai suami isteri, arwah dilaporkan telah mengalami tragedi ketulan darah yang tiba-tiba sahaja keluar dari farajnya.
Kami bersanding pada 5 Februari, bermula malam tu arwah sakit. Masa kami nak bersama, keluar ketulan darah dari kemaluan dia.
Sejak itu dia terus menderita sakit dan tiada selera makan hingga ke hari seterusnya.
Jelas Syamin, dia dan arwah isterinya itu sudah menemui beberapa orang pengamal perubatan Islam dan pakar memaklumkan bahawa penyakit yang dialami arwah adalah disebakan amalan santau dan sihir.
Malah, sebelum dia dan isterinya itu berkahwin, pelbagai dugaan dan cabaran telah dihadapi oleh mereka berdua sehingga ada ke tahap tak jadi mendirikan rumah tangga bersama.
Namun begitu, dia hanya menyerahkan segala urusan kepada Allah S.W.T dan hanya tuhan yang mampu membalas perbuatan kejam mereka yang terlibat dalam kegiatan syirik itu terhadap insan yang dicintainya.