(Video) Ketangkasan Bomba Malaysia Selamatkan Penyu Terperangkap Pada Jaring Menerima Pujian Netizen Antarabangsa

Trending

(Video) Ketangkasan Bomba Malaysia Selamatkan Penyu Terperangkap Pada Jaring Menerima Pujian Netizen Antarabangsa

Tindakan pantas Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia membantu selamatkan seekor penyu yang terperangkap di dalam jaring menjala berjaya dirakamkan di Mersing baru-baru ini. Video itu kemudiannya tular di media sosial selepas dikongsikan oleh The Dodo menarik perhatian media antarabangsa.

Seperti yang semua ketahui, The Dodo adalah media antarabangsa yang cukup sinonim dengan perkongsian video-video menyentuh hati tentang haiwan. Bayangkan, tidak sampai 24 jam dimuatnaik, video tersebut telah mendapat lebih 8,000 perkongsian di Facebook.

Advertisement

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan kepantasan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyelamatkan penyu tersebut. Hasil daripada tindakan pantas itu, penyu tersebut kemudian dibawa ke pantai dan dikembalikan ke habitatnya semula.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen antarabangsa turut memuji tindakan pasukan bomba yang dikatakan cukup cekap mengendalikan haiwan tersebut. Jika diikutkan, keadaan penyu tersebut kelihatan tersangkut begitu teruk sekali di dalam jaring menjala itu.

facebook

facebook

Selain daripada yang memuji usaha menyelamatkan penyu ini, ramai juga yang menasihatkan orang ramai untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Perkara seperti ini pastinya tidak akan berlaku jika kita sama-sama tidak membuang sampah ke tempat tidak sepatutnya.

Jadi ingat, jangan buang sampah merata-rata!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...