(VIDEO) #KesJahidah – Suami Belasah Bekas Isteri Hingga Koma 3 Tahun Lalu Diarah Bela Diri, Netizen Luah Rasa Syukur

Berita

(VIDEO) #KesJahidah – Suami Belasah Bekas Isteri Hingga Koma 3 Tahun Lalu Diarah Bela Diri, Netizen Luah Rasa Syukur

Suami kepada Jahidah Nordin,43, yang masih berada dalam koma akibat dibelasah tiga tahun lalu diarahkan membela diri oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Rosmaini Abd Raof, 41, diarahkan berbuat demikian oleh Majistret Fatimah Zahari selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Advertisement

Jahidah dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak akibat dipukul Rosmaini pada awal Mei tahun 2021 yang lalu.

Kisah Jahidah yang turut berada dalam keadaan sarat hamil ketika kejadian itu kemudian mendapat liputan luas dan turut dibantu beberapa pihak setelah ahli keluarganya mula mendapatkan tindakan undang-undang terhadap Rosmaini.

JahindaSumber : Harian Metro  

Jahidah kini dilaporkan masih terlantar di katil dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain meskipun anaknya yang dikandung ketika kejadian sudah pun mencecah 3 tahun.

Rosmaini kemudian diburu polis dan dibawa ke muka pengadilan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Terjun jmbatan
4 months ago

"Papa Bakpo Wak Gini, Timbullah Pa" - Anak Usahawan Kosmetik Luah Rasa Sayu Insiden Bapa Lompat Jambatan Di Kelantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...