Semalam, tular mengenai satu video memaparkan seorang kanak-kanak dipukul guru di sebuah taska terletak di kota Kinabalu, Sabah.
Difahamkan, kes tersebut sudah dipantau pihak polis dan kini sedang dalam siasatan.
Namu, sebuah video baru menunjukkan ibu bapa mangsa tampil ‘membalas dendam’ ke atas guru berkenaan di mana si bapa dilihat memukul kembali guru berkenaan.
Pengasuh perempuan yang sepak budak kecik tu dah kena tempeleng dengan parents budak tu. Tapi kesian auntie yang leraikan gaduh tu pun kena tampar jugak. pic.twitter.com/JycrhjD1Pq
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) August 10, 2023
Video itu kemudiannya menjadi tular dan menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.
Si bapa dilihat berdepan dengan pengasuh yang memukul anaknya dan mula hilang sabar sebelum membelasah guru itu.
Malah, seorang lagi guru yang cuba menenangkan keadaan turut mengalami nasib yang sama apabila dia ditumbuk di bahagian muka oleh si bapa mangsa.
Dalam satu hantaran lain, si ibu mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa sahaja yang bergelar ibu bapa pastinya akan melakukan perkara yang sama seperti suaminya.
Si ibu juga berkata bahawa ibu bapa yang mendiamkan diri dan menunggu pihak berkuasa melakukan siasatan sewajarnya tidak ubah seperti iblis.
Kalau ibu bapa yang nampak anak dia kena buat macam tu pastu diam diam bersabar tunggu polis ambil tindakan, itu bukan ibu bapa tapi IBLISS
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: