(VIDEO) Kerja 5 Tahun Masih Tak Naik Pangkat. Budaya Seksisme Masih Wujud Di Malaysia?

Branded

(VIDEO) Kerja 5 Tahun Masih Tak Naik Pangkat. Budaya Seksisme Masih Wujud Di Malaysia?

Apa yang anda rasakan, bila dah bekerja untuk satu tempoh masa yang lama dalam dengan sebuah syarikat, tetapi masih tiada peluang kenaikan pangkat? Malah, hak anda seolah dinafikan hanya kerana gender anda seorang wanita.

Itulah yang terjadi dengan nasib wanita ni, walaupun dipuji bekerja dengan baik untuk syarikat, malangnya haknya diberikan pada individu baru hanya kerana dia seorang wanita. Geramnya!

Initiatif Pembangunan Wanita Perkasa Peranan Dalam Masyarakat

Kalau anda nak tahu, menerusi pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah memperkenalkan satu initiatif baru bagi memperkasa peranan wanita dalam masyarakat.

Wanita dalam masyarakat

Salah satunya menerusi perlaksanaan Woman On Board, di mana dalam syarikat senaraian awam diwajibkan membuat lantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita yang akan berkuatkuasa pada 1 September 2022, bagi syarikat bermodal besar (large capped) dan 1 Jun 2023 bagi syarikat senaraian lain.

Bukan itu saja, menerusi video diatas juga dipaparkan, beberapa inisiatif lain yang sangat berguna untuk masyarakat Malaysia seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan, satu usaha untuk membantu golongan kurang berkemampuan bagi memiliki kediaman sendiri dan Malaysia Short-term Employment Progamme (MySTEP) yang akan membuka 80,000 peluang pekerjaan di bawah sektor awam dan GLS.

Bagi anda yang ingin melihat kelayakan untuk memohon mana-mana bantuan yang dinyatakan ini, anda boleh klik di SINI.

Sebenarnya banyak lagi bantuan yang dibentangkan di bawah Bajet 2022, merangkumi semua lapisan masyarakat dengan matlamat memperkasakan ekonomi Malaysia.

Diharapkan Bajet 2022 dapat menjadi batu loncatan kepada Keluarga Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...