Written by Bella | July 27th, 2018

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kerete mewah Ferrari Italia 458 yang terbakar seratus  peratus dalam kejadian di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway, semalam adalah miliknya.

Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video beliau sedang menangis dan sedih apabila kereta kesayangannya itu dijilat api.

Difahamkan kenderaan bernilai RM1.8 juta itu dipandu oleh individu lain yang dipercayai menyewa kereta mewah tersebut dari Aliff. Bagaimanapun, pemandu itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ada yang bersimpati dengan Aliff tetapi ada juga netizen yang mengatakan ia adalah kifarah buatnya yang sebelum ini merungut betapa beliau tidak selesa memandu kereta tersebut kerana bunyinya bising selain cukai jalan yang mahal.

Memang sedih apabila sesuatu yang kita sayang itu sudah musnah tetapi mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Bersabarlah Aliff, mungkin selepas ini ada rezeki yang lebih baik buat anda sekeluarga.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : mStar Online

28 responses to (VIDEO) Kereta Ferrari Aliff Syukri Bernilai RM1.8 Juta Terbakar

  1. aa says:

    Allah tegur tu… tegur kita jg

    26

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      mungkin orang yg sewa itu sengaja buat kebakaran…kalau tak camana leh terbakar kalau tk di sengaja kan..camana orang itu leh terselamat ? ini mesti mau siasat tk boleh kasi lepas dngan bergitu saje itu orang..

      8

      0
    • brunes says:

      takpe, insurance company will compensate. kbye

      7

      0
  2. Chohkri Yulis says:

    Ya mukin kifarah.
    Nangis pn x nmpak ikhlas

    8

    0
  3. wekkkkkkk says:

    RM1.8 juta kereta hgus mcm tu je.
    sekelip mata je kan kalau Allah nk tarik.
    aku yg kereta tempatan sudah 8 tahun ni pun selalu check apa yg patut di check dn di repair…sbb satu je ada.

    Datuk ni byk car, x sempat check ke????.
    kalau x sempat check, ..Datuk kena ada “bengkel private car sendiri & foreman”..agar kenderaan dlm condition yg baik dn selamat.

    beringat Datuk.

    19

    0
  4. whoknows says:

    insurance cover. takde jd hal apa. silap silap sengaja buat short circuit sebab nak claim insurance.

    11

    1
    • Anonymous says:

      and pemandu selamat

      1

      0
    • zz says:

      Bersangka baik tak salah sis

      1

      1
    • Anonymous says:

      kalau kereta buat sewa insurans tak cover. harap maklum. len kali nk sewakan kereta tak yah nk post kat media social. ni tak payah insurans nk siasat. bukti terus ada. sbb tu la org ckp DONT MAKE STUPID PEOPLE FAMOUS

      9

      1
      • abangsewa says:

        siapa kata insurance tak cover? insurance sekarang dah boleh set to all rider. bukan owner only. educate diri sendiri dulu sebelum educate orang.

        3

        0
  5. Anonymous says:

    tgh menangis ble amik vid.mcm ni org pun ada ka.hadoiiii…datok²..apa la sngt datok 1.8 juta tu.byk lagi simpnan datuk kan.datuk jugak ckp umo 23 dh ada 5 juta.

    9

    0
  6. anti bodoh says:

    ala-ala kokping la ni menangis keluar hingus sedih meratap bagai kengkonon tapi boleh terfikir buat video..haktuihhh.. humblebrag sangat ni..

    5

    0
  7. AliffSyukriAkunyitInDisguise says:

    Padan muka.

    2

    1
  8. pakatanbawang says:

    BAGI NO ACC DATO..NANTI SY BANKIN RM1.8JUTA..

    13

    0
    • Anonymous says:

      Elok lh tu..Kesian sgt dgn datuk ni..pi bukak tabung Ferrari..rakyat Malaysia kn suka yg susah miskin bantu yg kaya berlagak..kahkahkah…

      25

      0
  9. Yekeni says:

    Ambil video diri sendiri tengah nangis, apa motifnya? Tak boleh hadamlah i bila orang amik video tunjuk diri tengah nangis. Nak raih simpati ke apa? If i am the orang yg sewa, i will sue him for renting a car that jeopardizes my safety if the car ada masaalah and not due to my negligence.

    Orang mcm ni jual produk kesihatan, boleh percaya ke? I bet he sendiri tak tau much about his products. Produk tunjuk2 gitu ke apa? Oh i want this, this and this item. Repackage and rebrand and sell in the market. Done deal.

    Stupid consumers have to stop buying stupid products from stupid people and unnecessarily make them rich.

    28

    0
  10. fifi says:

    Kan kaya, apa sgtlah 1.8 juta tu kan…

    3

    0
  11. Noname says:

    Mcm2 dh jadi tapi still riak n aibkan org via internet..
    Duit x de masalah dlm hidup dia..
    Esok dia tunjuk lagi duit dia berkepuk2..so why bother..
    Klu org lain saya sgt simpati..

    8

    0
  12. shopia lorren says:

    Tak tau nk kesian ke mcmana ni..ada2 aje datuk ni nk up video..andai betul pun ada insurance cover kan..

    17

    0
    • Ferrari says:

      Ehh mcm x leh insurance cover lh..sb terbakar dek litar pintas ke apa..andai accident than terbakar barulh ada insurance..tak silap akulh shopia loreen…

      1

      0
  13. Sori dato says:

    Mngkin Allah tgo dato cra ni..who knows.
    Mngkin Allah x ske dato mnari2 dgn pondan2 tu .kte ptut tgo or nsihat pondan tu bukn mngalakkn lg .nma ank wow..tkoh ulamak tp cra bpak tu mcm x msuk akal.

    4

    0
  14. Kaknab says:

    Dia dah bgtahu Hari tu…tak syok pun naik Ferrari, rendah dan bising bunyi enjin. Kos mentenen pun tinggi….ingat tak kes dia sanggup register kenderaan Kat sarawak demi cukai murah. Banyak akal dia ni….entah2 nak tuntut insurance je….

    8

    0
  15. Anonymous says:

    Ada sumber mgatakan bisnes dato ni dah nak lingkup

    1

    0
  16. Kak Teh says:

    setiap ujian tu ada hikmahnya datuk..terimalh dgn redha..adalh rezeki gantinya tu nnti..yg penting SABAR !!

    5

    0
  17. JEBAT says:

    LAKONAN KE
    TOBAT LA WEIKK

    0

    0

Leave a Comment

Optional