Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kerete mewah Ferrari Italia 458 yang terbakar seratus peratus dalam kejadian di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway, semalam adalah miliknya.
Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video beliau sedang menangis dan sedih apabila kereta kesayangannya itu dijilat api.
Difahamkan kenderaan bernilai RM1.8 juta itu dipandu oleh individu lain yang dipercayai menyewa kereta mewah tersebut dari Aliff. Bagaimanapun, pemandu itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ada yang bersimpati dengan Aliff tetapi ada juga netizen yang mengatakan ia adalah kifarah buatnya yang sebelum ini merungut betapa beliau tidak selesa memandu kereta tersebut kerana bunyinya bising selain cukai jalan yang mahal.