(VIDEO) Kereta Bertukar Dalam 1 Saat, Video Kreatif Sofyank96 Dapat Pujian Ramai!

Trending

(VIDEO) Kereta Bertukar Dalam 1 Saat, Video Kreatif Sofyank96 Dapat Pujian Ramai!

Sebut sahaja nama Sofyank96 ini, pasti ramai yang tahu dengan keunikan dimilikinya dalam penghasilan video ‘luar dari kotak’ kan.

Dek penghasilan video-video kreatif dalam durasi pendeknya, Sofyank96 kini digelar sebagai ‘Zach King Malaysia’.

Sofyank96 dan Zacking

Advertisement

Terbaru, Sofyank telah berkongsikan satu video hasil kerjasama dengan seorang lagi influencer terkenal, Aiman Salim. Dalam video kali ini, Sofyank mengetengahkan kebolehan model Toyota Vios dan GR Vios.

Bila dilihat hasil video pemuda ini, transition video yang dibuat sangat smooth! Bukan itu sahja, dari pertukaran set ke kawasan lot kedai sebenar pun turut menganggumkan. Belum lagi bahagian pita pelekat menjadi jalur jalan yang diselit pula dengan gelak tawa jenaka ‘Liverpool’ oleh Aiman Salim. Memang enjoy je tengok.

Paling penting sekali korang kena tengok apabila Sofyank upgrade model kereta Vios biasa menjadi GR Vios. Alangkah indahnya  jika kita boleh menukar kenderaan dengan fungsi ‘futuristik’ semudah itu kan? Haha!

Kereta bertukar dalam satu saat

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehebatan Sofyank kerana menghasilkan video yang mempunyai nilai yang sangat ‘mahal’.

Lebih bangga apabila video tersebut dihasilkan dari seorang pemuda Malaysia! Hebat kan.

“Promotion video yang sangat kemas!”

“Gila gila la sponsor kau sofyank. Editing macam biasa tapi memang power!”

Fuh, terbaik anak muda. Jom sama-sama kita support Sofyank ya, semoga terus berkarya!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...