Sebut sahaja nama Sofyank96 ini, pasti ramai yang tahu dengan keunikan dimilikinya dalam penghasilan video ‘luar dari kotak’ kan.
Dek penghasilan video-video kreatif dalam durasi pendeknya, Sofyank96 kini digelar sebagai ‘Zach King Malaysia’.
Terbaru, Sofyank telah berkongsikan satu video hasil kerjasama dengan seorang lagi influencer terkenal, Aiman Salim. Dalam video kali ini, Sofyank mengetengahkan kebolehan model Toyota Vios dan GR Vios.
Bila dilihat hasil video pemuda ini, transition video yang dibuat sangat smooth! Bukan itu sahja, dari pertukaran set ke kawasan lot kedai sebenar pun turut menganggumkan. Belum lagi bahagian pita pelekat menjadi jalur jalan yang diselit pula dengan gelak tawa jenaka ‘Liverpool’ oleh Aiman Salim. Memang enjoy je tengok.
Sekarang dah tau dah kat mana @aimansalim_ selalu stop kereta dan buat video QnA
Thank you bangman sudi collab sesama ?? pic.twitter.com/ObWnFeeUCM
— sofyank96 (@sofyank96) April 17, 2021
Paling penting sekali korang kena tengok apabila Sofyank upgrade model kereta Vios biasa menjadi GR Vios. Alangkah indahnya jika kita boleh menukar kenderaan dengan fungsi ‘futuristik’ semudah itu kan? Haha!
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehebatan Sofyank kerana menghasilkan video yang mempunyai nilai yang sangat ‘mahal’.
Lebih bangga apabila video tersebut dihasilkan dari seorang pemuda Malaysia! Hebat kan.
“Promotion video yang sangat kemas!”
“Gila gila la sponsor kau sofyank. Editing macam biasa tapi memang power!”
Fuh, terbaik anak muda. Jom sama-sama kita support Sofyank ya, semoga terus berkarya!