(VIDEO) Kerana Makan Ikan, Lelaki Bermotor Dirakam Langgar Biawak Berkali-kali

Trending

(VIDEO) Kerana Makan Ikan, Lelaki Bermotor Dirakam Langgar Biawak Berkali-kali

Seorang pengguna Facebook dianggap berperangai menjengkelkan dengan memuat naik video seorang individu mendera seekor biawak dengan melanggarnya sambil menaiki motor berulang kali.

biawakan

Advertisement

Video itu dimuat naik oleh Azmi Mohd Nor ke laman Facebooknya kelmarin menunjukkan individu yang merakam kejadian itu ketawa seolah-olah seronok melihat penderaan dilakukan terhadap biawak itu.


Video itu berdurasi 1 minit 34 saat dan melalui perkataan yang dituturkan oleh perakam video, biawak itu dipercayai didera kerana makan ikan.

Mungkin kerana dia menganggap ia sesuatu yang kelakar, lelaki itu ketawa sambil menyuruh biawak itu dilanggar di bahagian kepala.

Tidak diketahui apa nasib biawak tersebut tetapi perakam video menyatakan ‘ia telah lari’ di akhir video.

Pengguna Facebook yang lain rata-rata terkejut dengan rakaman tersebut dan meminta ia dipadam.

screen-shot-2016-12-07-at-4-24-39-pmscreen-shot-2016-12-07-at-4-25-10-pm

Sebagai seorang beragama Islam, tidak sepatutnya biawak itu diseksa sedemikian rupa kalau pun ia mencuri makan ikan milik lelaki tersebut kerana ia hanya binatang tidak berakal dan tidak boleh memikirkan baik buruk seperti manusia.

WhatsApp Image 2016-12-07 at 17.19.46

WhatsApp Image 2016-12-07 at 17.19.50

Namun sangat menghairankan apabila manusia yang mempunyai akal bersikap tidak kalah dengan binatang. Diharap pihak Jabatan Veterinar akan mengambil tindakan kepada lelaki ini kerana ini jelas satu bentuk penganiayaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan.-amazingnara.com

Sumber: Azmi Mohd Nor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...