(VIDEO) Kenderaan Awam Dilanggar Oleh Polis? Peguam Jelas Cara Untuk Minta Pampasan Daripada Kerajaan

Kehidupan

(VIDEO) Kenderaan Awam Dilanggar Oleh Polis? Peguam Jelas Cara Untuk Minta Pampasan Daripada Kerajaan

Menerusi X, tular satu rakaman video yang dirakam dashcam milik seorang pengguna jalan raya di mana ia memaparkan seorang anggota polis dipercayai tidak sengaja melanggar bahagian belakang kereta.

 

Advertisement

Boleh tuntut ke?

Keadaan jalan raya pada ketika itu dilihat penuh dengan kenderaan namun lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku tidak dinyatakan.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang tertanya sama ada orang awam boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan membabitkan pihak berkuasa.

Anggota tersebut kemudian didengari meminta maaf dan mencadangkan pemandu tersebut untuk ke bahu jalan untuk berbincang lebih lanjut.

 

Rupanya boleh minta pampasan

Susulan tular video itu, seorang peguam, Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar berkongsi bahawa sekiranya kemalangan sebegitu berlaku pemandu tidak perlu berasa panik.

Katanya, tindakan seterusnya yang perlu pemandu itu lakukan adalah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas insiden berlaku dan mengemukakan bahan bukti.

Ini kerana, bagi kenderaan yang dimiliki oleh pasukan polis ia tidak dilindungi oleh insurans. Tapi jangan risau kerana anda boleh membuat tuntutan kepada kerajaan untuk mendapatkan pampasan.

myvi

Gambar hiasan

 

Motosikal polis dalam senarai ‘kenderaan kerajaan’

Jelasnya lagi, motosikal polis tersenarai di dalam kategori ‘kenderaan kerajaan’ di bawah Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang mana tertakluk kepada Akta Kerajaan akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbuatan salah yang dilakukan atau sebarang pengabaian atau keingkaran dilakukan oleh mana-mana pegawai awam dengan cara yang sama.

Termasuk (kenderaan) menteri rasmi atau kereta diraja, kenderaan peronda polis lain seperti kereta dan balai polis bergerak, trak bomba, dan ambulans (tidak termasuk yang persendirian).

moto polis

Bermakna, mengikut undang-undang sekiranya anggota atau pegawai kerajaan tersebut melakukan sesuatu yang salah, mengabaikan kewajipan mereka atau gagal melaukan sesuasu yang sepatutnya, kerajaan sendiri bertanggungjawab ke atas hal itu.

 

Tempoh tiga tahun untuk buat tuntutan

Tambah Akmal lagi, kerajaan mempunyai Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 sebagai kelebihan, di mana mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan kerajaan hanya mempunyai tempoh tiga tahun untuk membawa kerajaan ke mahkamah.

Oleh itu, anda perlu membuat tindakan segera sebelum tempoh tiga tahun luput atau hakim kemungkinan besar tidak akan melayan tuntutan tersebut.

Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 menetapkan bahawa sebarang tindakan undang-undang, termasuk saman, pendakwaan, atau prosiding, tidak boleh dimulakan melainkan ia bermula dalam tempoh 36 bulan selepas perbuatan salah, pengabaian, atau keingkaran yang didakwa, atau dalam tempoh tiga puluh enam bulan selepas pemberhentian berterusan kecederaan atau kerosakan.

peguam
1 year ago

"Kami Sedang Kumpul Semua Saksi.." - Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Telah Lantik Peguam Bagi Membela Nasib Mangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Majoriti

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...