September 20th, 2018

Kontroversi penghasilan lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna semakin hari semakin hangat diperkatakan. Sudah banyak sekali teguran yang dibuat mengenai lagu yang didakwa berunsur lucah dan merosakkan minda masyarakat.

Antara yang begitu lantang dan sememangnya tidak pernah menyokong lagu tersebut yang bertentangan dengan ajaran Islam ialah PU Amin. Sebelum ini, beliau pernah meluahkan juga rasa sedih dan kesal apabila budak sekolah agama juga turut terikut-ikut dengan tarian Bobo Dimana dan membuat aksi ‘soft porn’.

Mungkin sudah tidak tahan beberapa kali ditegur dengan tegas oleh PU Amin, hari ini Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video luahan perasaan mempersoalkan tugas seorang pendakwah.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dalam nada yang agak berang, Aliff berkata adakah kerja PU ini hanya untuk mengecam dan mengutuk dirinya selain mencari publisiti murahan kerana tiada ‘job’.

Video tersebut menarik perhatian ramai termasuklah Sajat, Luna dan Safiey Illias. Ketiga-tiga mereka turut mengkritik PU Amin.

Rata-rata netizen yang menonton luahan Aliff pula agak kecewa dengan tindakan jutawan itu yang dianggap keterlaluan dan langsung tidak boleh ditegur. Buat netizen, mengapa Aliff ingin melatah sedangkan apa yang berlaku adalah kerana dirinya sendiri.


Kalau tidak mahu dikecam janganlah lakukan sesuatu perkara yang mengundang fitnah. Ada kalanya kita perlu rendahkan ego dan menerima setiap teguran dengan baik. Apa pula komen anda mengenai isu ini?


48 responses to “(VIDEO) Kenapa Asyik Kutuk Saya, Tak Ada ‘Job’ Dan Nak Publisiti Murahan? – Aliff Syukri Berang Dengan PU Amin”

  1. Tk says:

    Klu Ada dlm senarai tu. Klu dah beli. Buang la

  2. Tk says:

    Maaf. Semarang = senarai. Jaga kesihatan anda

  3. Tk says:

    Netizen jangan asyik tergoda dg iklan kosmetik dan produk. Rajin2 google maklumat terkini termasuk Semarang 162 produk yang mengandungi Bahan beracun yang Di keluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia. Good luck

  4. KAK MAH says:

    GIMIK WEI….GIMIK….
    NAK LARISKAN LAGU KAU KE
    GELI AKU MAMAT NI

    PUUUIIIIII…..

  5. nananana says:

    memang la aliff ni bongkak.. sampai 8 juta views video dia korang tengok.. kalau nak boikot tu, boikot la betul2.. jgn tengok video dia, jgn download lagu dia, jgn beli product dia..

Loading...