(VIDEO) “Kenanglah Budi Warga Asing” – Wanita Indonesia Tak Puas Hati Netizen Ucap Tahniah Pada Imigresen

Kehidupan

(VIDEO) “Kenanglah Budi Warga Asing” – Wanita Indonesia Tak Puas Hati Netizen Ucap Tahniah Pada Imigresen

Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang wanita warga Indonesia meluahkan rasa berang kepada netizen yang mengucapkan tahniah kepada pihak imigresen yang mengambil tindakan terhadap warga asing yang didapati menyalahi undang-undang.

Dalam video tersebut, wanita itu memaklumkan dia sudah menetap di Malaysia sejak 22 tahun yang lalu.

Advertisement

Video itu adalah respon kepada teguran individu terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita sama yang mengatakan warga asing sepatutnya mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia.

Tahniah kepada imigresen lah, itu lah, ini lah. Jangan-jangan kau (netizen) pula bercinta dengan bangla. Eh kalau warga asing tak ada sini, nak jadi apa? Nak ke kerja panas? mengada-ngada tahniah lah, apa lah.

Sebagai respon atas teguran netizen itu, dia meminta rakyat Malaysia untuk mengenang budi warga asing yang bekerja di sini.

Kau yang warganegara, buat kerja sendiri. Tak perlulah nak over sangat itu ini. Kenanglah budi orang tu. Sekurangnya dia bekerja, berkhidmat dan pernah ada jasa di Malaysia.

Namun begitu, kelantangan wanita itu nampaknya tidak diterima kebanyakan warga net yang menyifatkan dia sebagai seorang yang berlagak dan ‘naik lemak’.

Komen Sumber : Twitter  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Scam culik anak orang
11 months ago

"Main-Main Saya B*nuh Anak Kamu" - Scammer Guna Taktik Baru, Gertak Culik & Minta Wang Tebusan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...