(VIDEO) Kenangan Lama Ketika Menyanyi Dikongsi, Ramai Sebak Rindukan Suara Arwah Siti Sarah

Hiburan

(VIDEO) Kenangan Lama Ketika Menyanyi Dikongsi, Ramai Sebak Rindukan Suara Arwah Siti Sarah

Setiap tahun, bulan Ogos akan menjadi tempoh bagi pelawak Shuib mengingati arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.

Kebiasaannya, seperti tahun-tahun yang lepas akan ada perkongsian gambar atau video lama arwah Siti Sarah dikongsikan bagi mengubat rindu mereka sekeluarga kepadanya.

Advertisement

Siti Sarah

Baru-baru ini, video lama Siti Sarah bersama anak-anak dikongsikan di akaun Instagram @sitisarahraissuddin memaparkan mereka sekeluarga bernyanyi di dalam kenderaan.

Menerusi video itu, arwah Siti Sarah didengari menyanyikan sebuah lagu sambil disambung oleh anak keduanya, Talita dan rakaman tersebut telah meraih perhatian ramai yang merindui suaranya.

Bulan ini (Ogos) datang lagi. Dan seperti biasa, rindu itu pun datang tak bertepi. Rindu suara, rindu tawa, rindu dia…yang dah tiada.

Shuib turut meninggalkan komen dan berkata dia sangat merindui waktu berkenaan, begitu juga pengikut penyanyi itu yang masih teringat-ingat kisah pemergian arwah Siti Sarah.

Malah, ada yang akui sehingga kini selepas empat tahun pemergian Siti Sarah, dia masih menangis sekiranya membaca apa-apa berita tentang arwah.

Shuib titip doa untuk Ayash Affan
2025-08-06 15:09:05

Doa Shuib Buat Ayash Affan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Buat Ramai Sebak - "Ibu....Anak You Dah 4 Tahun"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...